Terma dan Syarat

1. TENTANG TERMA DAN SYARAT INI
(a) Terma dan Syarat ini (“Terma Ini”) terpakai untuk penggunaan aplikasi web/mudah alih dan tapak web MyPay, eJamin dan Hang-It (masing-masing dirujuk dalam Terma Ini sebagai “App” dan “Tapak Web”) oleh anda. App dan Tapak Web itu dikendalikan oleh kami, Dapat Vista (M) Sdn Bhd (nombor pendaftaran syarikat Malaysia: 508358-X).
(b) Apabila anda menggunakan App atau Tapak Web, anda telah bersetuju dengan pengumpulan, penyimpanan, pengendalian dan penzahiran data peribadi anda menurut Terma Ini dan dan bersetuju untuk diikat oleh Terma Ini selagi anda masih mempunyai akaun dalam App atau Tapak Web atau masih menggunakan App atau Tapak Web. Anda dinasihati supaya membaca Terma Ini dengan teliti sebelum menggunakan App atau Tapak Web.
(c) Anda mengesahkan bahawa anda mempunyai keupayaan di sisi undang-undang (termasuklah mencapai umur layak di sisi undang-undang Malaysia) dan izin untuk menggunakan App atau Tapak Web dan untuk diikat oleh Terma Ini. Jika anda tidak mempunyai keupayaan atau izin tersebut atau anda tidak bersetuju dengan Terma Ini: (i) anda tidak patut menggunakan App dan Tapak Web; dan (ii) jika anda meneruskan penggunaan App dan Tapak Web, anda berbuat demikian dengan mengakui bahawa anda telah menafikan segala hak anda terhadap kami dan telah memberi kami lepas tanggungan / tanggung rugi bawah perenggan 11(c).
(d) Kami berharap anda berpuas hati dengan App dan Tapak Web. Kami mengalu-alukan pandangan anda untuk memperbaik App dan Tapak Web. Anda bolehlah berhubung dengan kami melalui emel [email protected] atau alamat surat-menyurat Unit-unit 548 dan 550, Blok A, Kelana Centre Point, No. 3, Jalan SS7/19, 47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

2. PINDAAN DAN PERUBAHAN
(a) Terma Ini dikemaskinikan sehingga ● ● 2018. Pada bila-bila masa, kami boleh meminda Terma Ini atau membuat apa-apa perubahan terhadap App dan Tapak Web termasuklah dalam penampilan dan fungsi. Contohnya, kandungan dan fungsi mungkin ditambah, dibuang, digantung, dilumpuhkan atau ditamatkan dan yuran mungkin dikenakan, diketepikan atau dibatalkan.
(b) Apabila anda menggunakan App atau Tapak Web selepas pindaan atau perubahan tersebut, anda telah bersetuju dengan pindaan atau perubahan tersebut dan bersetuju untuk diikat secara undang-undang oleh versi Terma Ini seperti yang dipinda dan mengesahkan bahawa anda mempunyai keupayaan di sisi undang-undang dan izin untuk menggunakan App atau Tapak Web dan untuk diikat oleh versi Terma Ini seperti yang dipinda.
(c) Versi terbaru Terma Ini dipaparkan di Tapak Web. Kami tidak diwajibkan untuk memaklumkan pada anda secara peribadi tentang pindaan dan perubahan yang dinyatakan dalam perenggan 2 ini. Walau bagaimanapun, kami akan memberi anda peluang untuk berhenti menggunakan apa-apa fungsi percuma dalam App atau Tapak Web sebelum yuran dikenakan atas fungsi itu. Kami tidak bertanggung jawab atas sebarang kerugian yang mungkin anda alami akibat pindaan atau perubahan tersebut.

3. PENDAFTARAN AKAUN
(a) Anda perlu mendaftarkan akaun dan memberikan maklumat yang dikehendaki untuk menggunakan App dan untuk mencapai atau menggunakan kandungan dan fungsi tertentu Tapak Web. Anda mengesahkan bahawa anda mempunyai hak undang-undang untuk memberi kami maklumat tersebut tanpa sekatan atau sebarang kewajipan atas kami untuk membuat bayaran. Anda juga mengesahkan bahawa semua maklumat yang anda beri kepada kami adalah benar, tepat, terkini dan lengkap. Sila pastikan maklumat itu (termasuk maklumat perhubungan) sentiasa dikemas kini agar kami dapat berhubung dengan anda dan App dan Tapak Web dapat berfungsi dengan sepatutnya.
(b) Anda memberi kami kuasa untuk menentusahkan maklumat yang telah anda berikan, termasuklah membuat siasatan bersama pihak berkuasa yang berkenaan, organisasi lain atau sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun, usaha kami untuk menentusahkan maklumat tersebut tidaklah mengurangkan tanggung jawab anda untuk memberi maklumat yang benar, tepat, terkini dan lengkap.
(c) Sila rahsiakan maklumat akaun anda (termasuk maklumat log masuk, kata laluan dan soalan keselamatan untuk set semula kata laluan). Kami tidak bertanggung jawab atas sebarang kerugian (termasuk kerugian yang disebabkan pencerobohan akaun anda) oleh sebab kegagalan anda untuk berbuat demikian. Kami juga tidak bertanggung jawab terhadap pihak ketiga yang menggunakan akaun anda. Anda bertanggung jawab sepenuhnya atas segala aktiviti dalam atau melalui akaun anda.

4. KOMEN, ULASAN DAN KANDUNGAN LAIN
(a) App dan Tapak Web mungkin membolehkan anda membuat komen, ulasan atau kandungan lain. Anda sedia maklum bahawa kandungan tersebut terbuka kepada tatapan umum dan capaian awam (sama ada melalui reka bentuk App atau Tapak Web, sebagai tangkapan skrin di platform media yang lain, atau apa-apa cara lain) dan bersetuju untuk bertanggung jawab sepenuhnya atas segala akibat daripada pembuatan dan penyiaran kandungan tersebut. Semua kandungan yang anda simpan atau buat dalam App dan Tapak Web merupakan tanggung jawab anda sepenuhnya. Anda mengesahkan bahawa anda mempunyai hak undang-undang untuk menyimpan, membuat dan menyiarkan kandungan tersebut.
(b) Kami berhak mengawal selia atau menyunting sebarang kandungan dalam App dan Tapak Web termasuk menapisnya, memangkasnya, memendekkannya, memadamkannya atau melambatkan penyiarannya. Apabila kami membenarkan penyiaran kandungan anda dengan suntingan atau perubahan lain, kami akan memastikan bahawa terdapat suatu makluman dalam kandungan itu bahawa suntingan telah dibuat. Walau bagaimanapun, kami tidak diwajibkan untuk menyemak, mengawal selia atau menyunting kandungan yang dibuat oleh sesiapa pun dalam App dan Tapak Web. Kami tidak memberikan sebarang pendendorsan atau jaminan terhadap kandungan tersebut.

5. SARANAN DAN LARANGAN
(a) Anda hendaklah menggunakan App dan Tapak Web menurut cara dan tujuan yang sah di sisi undang-undang mengikut tujuan App dan Tapak Web seperti yang telah kami maklumkan secara rasmi. Anda bertanggung jawab sepenuhnya untuk mematuhi semua undang-undang yang mengikat diri anda berkenaan penggunaan App dan Tapak Web.
(b) Berinteraksilah secara mesra dan berhemah. Berhati-hatilah apabila berkongsi maklumat untuk tatapan umum dan berwaspadalah tentang kemungkinan maklumat itu disalahgunakan oleh orang lain untuk tujuan jahat yang membahayakan diri anda. Apabila berkongsi kandungan orang lain, berilah atribusi sebetulnya pada sumber asal kandungan itu, dan pastikan bahawa anda mempunyai izin untuk berkongsi sedemikian. Semaklah semua maklumat yang anda isikan sebelum mengirimnya kepada kami. Laporkan kepada kami sebarang pepijat, glic atau tingah laku yang tidak boleh diterima yang anda hadapi dalam penggunaan App dan Tapak Web.

    (c) Dalam penggunaan App dan Tapak Web, anda hendaklah tidak:
  • membongkar kod sumber atau mengubah atur cara komputer, seni bina perisian, antara muka pengguna, reka bentuk, kandungan atau fungsi App dan Tapak Web.
  • mencetak rompak atau mengedarkan apa-apa bahagian daripada App dan Tapak Web tanpa izin bertulis terdahulu daripada kami.
  • mencapai apa-apa bahagian App dan Tapak Web selain daripada melalui antara muka pengguna yang kami sediakan.
  • mengirim atau memaut pada sebarang perisian hasad atau tapak web berbahaya; menggodam; mengespam; atau mengelabu (phishing).
  • merayu undi untuk sebarang tujuan atau berkempen untuk tujuan politik mahupun untuk sumbangan dana awam.
  • menjalankan aktiviti perdagangan termasuk pengambilan pekerja, pengiklanan, promosi produk atau penjualan langsung, kecuali aktiviti perdagangan yang telah kami izinkan terdahulu.
  • membuat petisyen, kaji selidik atau rayuan kebajikan.
  • membuat tuduhan, atau memburuk-burukkan, sesuatu kerajaan, organisasi atau sesiapa sahaja.
  • menzahirkan hal peribadi atau data peribadi orang lain tanpa izinnya.
  • membuat kandungan yang berunsur, atau yang mendorong pada, tingkah laku kasar, tidak senonoh, kebencian, perkauman atau yang tidak selari dengan nilai-nilai murni masyarakat lazim di Malaysia.
  • membuat kandungan (termasuk cap dagang atau kandungan bawah perlindungan hak cipta atau hak harta intelektual yang lain) yang menyalahi hak harta intelektual orang lain.
  • menyebarkan khabar yang didakwa sebagai berita benar sedangkan anda tiada sebab munasabah untuk meyakini kebenarannya, atau membuat apa-apa kandungan untuk tujuan menipu.
  • menyamar sebagai orang lain.
  • mengganggu, mengancam, membuli atau menggunakan kata-kata kesat atau menghasut orang lain untuk bertindak demikian.
  • menggunakan App atau Tapak Web untuk terlibat dalam gejala rasuah.
  • menghasut orang lain untuk melanggar undang-undang.
  • mengganggu penggunaan App dan Tapak Web oleh orang lain.

(d) Pada bila-bila masa, kami berhak menggantung atau memadamkan akaun anda atau menyekat capaian anda pada akaun itu dan App dan kandungan serta fungsi akaun dan App itu. Kami berhak berbuat demikian jika anda telah melanggar Terma Ini, jika kami percaya bahawa undang-undang menghendaki kami untuk berbuat demikian atau atas apa-apa alasan mengikut budi bicara kami. Kami tidak diwajibkan untuk memaklumkan pada anda tentang penggantungan atau pemadaman itu atau memberi anda apa-apa alasan untuk tindakan kami atau membayar apa-apa ganti rugi kepada anda akibat penggantungan atau pemadaman itu. Kami juga tidak diwajibkan untuk membolehkan anda mendapatkan semula sebarang data yang disimpan dalam pelayan kami, kecuali seperti yang disebut dalam perenggan 6(f). Walau bagaimanapun, mengikut budi bicara kami, kami boleh memulangkan yuran lebihan (jika ada). Kami tidak bertanggung jawab atas sebarang kerugian yang mungkin anda alami akibat panggantungan atau pemadaman itu.

6. PRIVASI
(a) Selari dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia, kami bernekad untuk memastikan bahawa data peribadi yang telah anda beri kepada kami adalah terlindung. Data peribadi itu tersulit dan terlindung oleh suatu sistem yang teguh dan bersifat lewah, yang memakai dasar keselamatan yang tegas. Kakitangan kami terlatih dengan penekanan terhadap betapa mustahaknya keperluan untuk melindungi data peribadi anda.
(b) Kami mengumpul data peribadi daripada pihak kerajaan dan organisasi lain dan juga semasa interaksi anda dengan kami, termasuk semasa anda menggunakan App dan Tapak Web, semasa anda berhubung dengan kami dan semasa anda bertemu dengan wakil-wakil kami. Kami mungkin memakai kuki untuk memperoleh maklumat tentang penggunaan App dan Tapak Web oleh anda, termasuk data peribadi. Pengiklan dalam App dan Tapak Web juga mungkin memakai kuki. Kuki dimuat turun dalam peranti anda apabila anda mengunjungi sesuatu laman web atau mencapai pautan iklan dalam App dan Tapak Web. Jika anda enggan menerima kuki, anda boleh laraskan tetapan dalam peranti anda untuk menolak kuki.

    (c) Maklumat mengenai anda yang kami kumpul dan simpan merangkumi:
  • maklumat tentang kunjungan anda ke laman web dan pautan dan jangka masa kunjungan itu.
  • maklumat tentang trafik web, kedudukan dan perhubungan.
  • nama, alamat tempat tinggal dan tempat kerja, nombor kad pengenalan, nombor pasport, pusat mengundi, kaitan dengan apa-apa organisasi, maklumat perhubungan, imej, akaun media sosial, identiti rakan, maklumat kad kredit dan rekod bil dan bayaran.
    (d) Kami boleh menzahirkan data peribadi anda kepada pihak ketiga (termasuk perbadanan berkaitan kami (menurut takrif dalam Seksyen 2(1), Akta Syarikat 2016 Malaysia), pembekal perkhidmatan, institusi kewangan dan kerajaan, yang mungkin berada di luar Malaysia). Pengumpulan, penyimpanan, penggunaan dan penzahiran data peribadi anda oleh kami adalah untuk tujuan-tujuan seperti berikut:
  • menghubungi anda, mengelolakan akaun anda dan melaksanakan fungsi App dan Tapak Web.
  • memperbaik App dan Tapak Web, termasuk menyesuaikan fungsi mengikut tabiat anda.
  • menawarkan produk sesuai dengan minat anda dan aktiviti pemasaran dan promosi yang lain.
  • membekalkan maklumat kepada anda tentang fungsi-fungsi App dan Tapak Web.
  • menghasilkan laporan dan perangkaan yang menunjukkan data peribadi secara tanpa nama atau agregat.
  • mengesan penyalahgunaan, mengelak penipuan, menentusahkan kedudukan kewangan anda melalui semakan rujukan/laporan kredit dan melaksanakan semakan lain seumpamanya.
  • menjalankan kajian pasaran.
  • mematuhi kewajipan undang-undang.
  • sebagai sebahagian daripada peralihan hak milik perniagaan App dan Tapak Web.
  • menyiasat dan menyelesaikan pertikaian dan menguatkuasakan hak kami bawah Terma Ini dan undang- undang.

(e) Kami menyimpan data peribadi anda (sama ada dalam pelayan milik kami atau milik pihak ketiga) sepanjang perhubungan kita dan selepas itu, untuk selama mana perlu untuk melindungi kepentingan kami. Kami berhak memindahkan data peribadi anda ke luar Malaysia untuk analisis dan penyimpanan.
(f) Anda boleh memohon untuk menyemak data peribadi anda dalam rekod kami dan untuk membetulkannya. Anda juga boleh menolak atau menarik balik izin yang telah diberikan untuk kami mengumpul, menyimpan, menggunakan atau menzahirkan data peribadi anda atau memohon supaya data peribadi anda dipadamkan daripada simpanan kami, namun jika anda berbuat demikian, App dan Tapak Web mungkin tidak dapat berfungsi untuk anda dan anda mungkin terlepas komunikasi penting daripada kami. Jika anda ingin teruskan bawah perenggan (f) ini, sila hubungi kami melalui alamat emel atau surat-menyurat yang dinyatakan di perenggan 1(d).
(g) Jika anda memberi kami data peribadi pihak ketiga termasuklah sesiapa yang tidak mempunyai keupayaan di sisi undang-undang untuk memberi izin, anda mengesahkan bahawa anda telah mendapatkan izin jelas daripada pihak ketiga itu atau anda mempunyai hak undang-undang untuk memberi kami data peribadi pihak ketiga itu. Anda juga mengesahkan bahawa anda akan bertanggung jawab secara peribadi atas tindakan mereka semasa menggunakan App dan Tapak Web. Anda juga memberi kami lepas tanggungan / tanggung rugi bawah perenggan 11(c).

7. HAK-HAK YANG DISERAHKAN
(a) Dengan membuat sebarang komen, ulasan atau kandungan lain dalam App dan Tapak Web, anda telah menyerahkan kepada kami suatu lesen yang kekal (walaupun setelah tamatnya perhubungan antara kita bawah Terma Ini), percuma (tanpa royalti), boleh dipindah, tidak bersyarat, tidak eksklusif, tidak boleh ditarik balik dan terpakai di seluruh dunia untuk menyiarkan, menggunakan, menerbit semula, mengedarkan, mengubah, mengendalikan dan memberi sub-lesen atas kandungan itu dengan apa cara sekalipun tanpa kewajipan untuk memberikan atribusi kepada anda.
(b) Apabila anda menggunakan App atau Tapak Web, anda telah memberi izin kepada kami, selaku ejen anda, untuk mencapai maklumat anda yang dikelolakan oleh pihak ketiga bagi pihak anda dan anda memberi mereka izin untuk menzahirkan maklumat anda kepada kami bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan di perenggan 6(d).

8. HAK HARTA INTELEKTUAL
(a) Semua hak harta intelektual mengenai App dan Tapak Web; semua kandungan yang dibuat atau dihantar melalui App dan Tapak Web; dan semua perhubungan antara kita, ialah milik kami. Jika kami kehendaki, anda mestilah mengambil semua langkah yang perlu untuk meletakkan hak tersebut bawah nama kami.
(b) Nama domain Tapak Web dan nama dagang, cap dagang, logo dan lain yang dipaparkan dalam App dan Tapak Web ialah hak milik kami atau pihak ketiga. Anda tidak boleh menggunakan apa-apa hak harta intelektual tersebut tanpa izin bertulis terdahulu daripada kami atau hak empunya masing-masing.

9. PENZAHIRAN DAN PENAFIAN
(a) Ada kalanya penggunaan App dan Tapak Web boleh terjejas. Hal ini mungkin berlaku disebabkan bekalan elektrik terputus, kerosakan peranti, kesilapan manusia, kemas kini perisian, penyenggaraan, pembaikan, arahan kerajaan, wabak penyakit, bencana alam, darurat, keresahan sosial, pertelingkahan buruh atau sebab-sebab lain. Anda mungkin tidak dapat mencapai akaun anda atau mengalami capaian terhad. Anda juga mungkin mengalami kehilangan data atau tetapan; ketiadaan fungsi atau fungsi yang terhad; paparan data yang usang atau salah; urus niaga yang terbengkalai atau silap; atau kerugian dan kesulitan lain. Kami tidak bertaunggung jawab atas kerugian dan kesulitan tersebut.
(b) Pengiriman maklumat secara elektronik tidak semestinya sentiasa selamat. Maklumat yang anda berikan melalui App dan Tapak Web atau yang kami kirimkan secara elektronik boleh dipintas dan digunakan oleh orang lain untuk tujuan jahat.
(c) Kandungan dan fungsi tertentu App dan Tapak Web bergantung pada maklumat, perkhidmatan dan platform yang disediakan oleh, dan tindakan yang diperlukan daripada, pihak ketiga. Anda boleh memohon maklumat daripada, atau mengarahkan supaya sesuatu tindakan diambil oleh, pihak ketiga melalui App dan Tapak Web. Kami tidak menyemak maklumat atau arahan itu dan tidak bertanggung jawab atas maklum balas atau tindakan atau ketiadaan maklum balas atau tindakaan oleh pihak ketiga itu. Kami tidak bertanggung jawab sama ada maklumat, perkhidmatan atau tindakan oleh pihak ketiga itu adalah sah di sisi undang-undang, tepat, benar, lengkap, terkini, menepati masa, tersedia, bermutu atau tidak. Kami tidak bertaunggung jawab atas keutuhan platform pihak ketiga dan kesannya terhadap App dan Tapak Web. Contohnya, maklumat akaun anda yang dipaparkan dalam App dan Tapak Web adalah berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak ketiga dan hanya betul pada masa yang dinyatakan.
(d) Anda bersetuju untuk melihat tawaran dan iklan melalui App dan Tapak Web. Lazimnya, kami menerima bayaran daripada pihak ketiga untuk meletakkan tawaran dan iklan tersebut. Walau bagaimanapun, kami tidak menyemak tawaran dan iklan itu dan tidak memberikan sebarang pendendorsan atau jaminan tentang pihak ketiga itu atau pautan, maklumat atau produk yang dirujuk dalam tawaran dan iklan tersebut.
(e) Kami tidak memberikan sebarang jaminan (walaupun di sisi undang-undang, sama ada secara tersurat atau tersirat) bahawa perkakasan atau perkhidmatan internet atau perkhidmatan telekomunikasi yang anda langgani untuk menggunakan App dan Tapak Web akan sentiasa tersedia, boleh dipercayai atau bermutu; bahawa App dan Tapak Web itu bebas perisian hasad; bahawa maklumat yang anda berikan melalui App dan Tapak Web adalah selamat; bahawa App dan Tapak Web itu tidak mengingkari hak pihak lain; atau bahawa App dan Tapak Web itu sesuai untuk sesuatu tujuan. Anda menggunakan App dan Tapak Web atas risiko sendiri sepenuhnya.

10. ADUAN
(a) Jika anda ingin mengadu tentang apa-apa ciri-ciri App dan Tapak Web atau tingkah laku kami (termasuk salah laku pekerja kami atau jika anda mendapati bahawa apa-apa bahagian daripada App dan Tapak Web mengingkari hak harta intelektual anda), anda hendaklah berhubung dengan kami secara langsung dan peribadi melalui alamat e-mail atau surat-menyurat yang dinyatakan di perenggan 1(d), dengan memberi Info lengkap supaya kami dapat selesaikan aduan itu. Sila ambil perhatian bahawa aduan yang dikemukakan dengan apa-apa cara lain (termasuk melalui akaun media sosial atau media cetak) tidak akan berkesan terhadap penyelesaian aduan anda malah akan menyulitkannya.
(b) Kami boleh mengambil masa sehingga 90 hari setelah anda kemukakan Info lengkap aduan anda melalui cara yang disebut di perenggan (a) di atas, untuk menyelesaikan aduan anda. Anda boleh mengambil tindakan di mahkamah atau forum alternatif penyelesaian pertikaian terhadap kami hanya jika kami tidak dapat selesaikan aduan anda dalam jangka masa tersebut. Penyelesaian aduan anda dalam jangka masa tersebut merupakan penyelesaian penuh dan muktamad antara kita dan anda melepaskan hak untuk mengambil apa-apa tindakan lanjutan terhadap kami dalam perkara yang sama di mahkamah atau forum alternatif penyelesaian pertikaian.
(c) Demi memudahkan perbincangan secara terus-terang antara kita dalam mencari penyelesaian untuk aduan itu, segala perhubungan berkenaan aduan itu antara kita sebelum bermulanya prosiding di mahkamah atau forum alternatif penyelesaian pertikaian, adalah rahsia, tanpa prasangka dan dikecualikan daripada didedahkan sebagai bukti di mana-mana mahkamah atau forum tersebut.
(d) Sebarang tindakan mahkamah yang anda ambil terhadap kami berkenaan App dan Tapak Web hendaklah berlangsung di mahkamah yang terletak di Kuala Lumpur atau Selangor, Malaysia sahaja. Mahkamah itu hendaklah mempunyai kuasa bidang eksklusif. Anda boleh mengambil tindakan mahkamah tersebut secara persendirian sahaja dan bukan selaku ahli apa-apa kumpulan atau secara tindakan perwakilan.

11. REMEDI
(a) Sekiranya tuntutan anda terhadap kami berjaya dalam sebarang tindakan di mahkamah atau forum alternatif penyelesaian pertikaian, remedi anda terhad pada pulangan yuran lebihan yang telah anda bayar berkaitan dengan tuntutan tersebut, iaitu had agregat liabiliti kami. Jika tiada yuran yang berkaitan dengan tuntutan itu, maka had agregat liabiliti kami ialah RM100.00 sahaja atas segala kausa tindakan berhubung perkara yang sama.
(b) Kami tidak bertanggung jawab atas sebarang ganti rugi yang bersifat tidak langsung, khas, sampingan, turutan, teladan, punitif atau yang berjumlah tertentu (liquidated) (termasuk hilang untung, hasil atau peluang perniagaan) yang berbangkit daripada penggunaan App dan Tapak Web, walaupun kami mungkin pernah dinasihati tentang kemungkinan kerugian tersebut. Kami tidak bertanggung jawab terhadap ahli keluarga dan rakan-rakan anda.
(c) Anda hendaklah memberi tanggung rugi pada kami dan pemegang syer, pengarah, pegawai, pekerja, kontraktor dan ejen kami dan melepas tanggungan kami dan mereka terhadap sebarang tuntutan, penalti, kos (termasuk kos guaman) dan apa-apa liabiliti lain berbangkit daripada sebarang kelakuan anda yang berkaitan dengan App dan Tapak Web, termasuklah pelanggaran Terma Ini, undang-undang atau hak harta intelek dan kelakuan anda yang mengakibatkan kematian, kecederaan, pencemaran nama baik atau fitnah atas sesiapa atau kerosakan atau kehilangan apa-apa benda. Anda hendaklah membayar balik kos guaman yang kami biayai dalam usaha menguatkuasakan hak undang-undang kami terhadap anda.

12. PENAMATAN HUBUNGAN
(a) Anda boleh menamatkan hubungan antara kita bawah Terma Ini dengan cara memadamkan akaun anda (jika ada) dan menghentikan penggunaan App dan Tapak Web.
(b) Sila patuhi arahan dalam App dan Tapak Web untuk memadamkan akaun anda. Kami mungkin mengambil sedikit masa untuk mengeluarkan anda daripada sistem App dan Tapak Web setelah pemadaman akaun tersebut, jadi anda mungkin masih akan menerima komunikasi daripada kami sehingga proses penamatan itu selesai. Pemadaman App tidak bermaksud akaun anda akan terpadam juga.

13. PENAFSIRAN TERMA INI
(a) Terma Ini hendaklah ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia yang menentukan hubungan antara kita. Dalam menafsirkan Terma Ini, sila ambil maklum bahawa semua kata benda yang terpakai dalam Terma ini adalah merangkumi kata benda yang bersifat tunggal dan jamak. Kata-kata selepas perkataan “termasuk”, “merangkumi”, “sama ada” atau “lain” dan pelbagai bentuk perkataan yang serupa adalah tidak terhad maksud kategorinya.
(b) Hubungan antara kita bawah Terma Ini bukanlah bersifat perkongsian bawah Akta Perkongsian 1961 atau bersifat agensi. Anda tiada hak untuk mengikat kami di sisi undang-undang pada sesiapa pun.
(c) Kegagalan atau kelambatan kami dalam menguatkuasakan sebarang tuntutan, remedi atau hak bawah Terma Ini tidak bermaksud penepian tuntutan, remedi atau hak itu. Penguatkuasaan mana-mana satu tuntutan, remedi atau hak tersebut tidak akan menghalang kami daripada menguatkuasakan tuntutan, remedi atau hak yang lain. Jika kami menepikan apa-apa pelanggaran Terma Ini oleh anda, hal ini tidak bermaksud kami juga menepikan pelanggaran yang lain. Hak dan remedi kami bawah Terma Ini adalah bersifat kumulatif dan tidak mengecualikan hak atau remedi lain di sisi undang-undang.
(d) Terma Ini mengandungi keseluruhan perjanjian antara kita atas perkara yang termaktub dalam Terma Ini dan menggantikan semua perjanjian dan persefahaman terdahulu antara kita sama ada tertulis ataupun tidak, termasuk sebarang janji yang dibuat oleh wakil kami. Selain daripada apa yang dinyatakan di perenggan 2, apa- apa komunikasi antara kita, sama ada melalui wakil kita ataupun tidak, tidak sah untuk meminda Terma Ini atau untuk memberi apa-apa penepian pada anda jika tidak dirasmikan dalam bentuk tulisan, dinyatakan secara khusus sebagai pindaan atau penepian dan ditandatangani oleh salah seorang ahli lembaga pengurusan kanan kami yang telah diberi kuasa secara khusus untuk berbuat demikian.
(e) Jika mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten mendapati dalam penghakimannya bahawa mana- mana peruntukan Terma Ini tidak boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang terhadap anda, penghakiman itu tiada kesan terhadap peruntukan yang lain bawah Terma Ini. Dalam keadaan demikian, Terma Ini hendaklah ditafsirkan demi memberi kesan sedekat mungkin dengan niat asal peruntukan yang tidak boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang itu.
(f) Versi Bahasa Inggeris Terma Ini hendaklah terpakai dan bukannya versi bahasa lain.

TAMAT