SOALAN-SOALAN LAZIM eJamin
- Layari ejamin.my dan sila buat pilihan bahasa.
- Sila buat pilihan sama ada anda adalah pengguna baru eJamin atau pengguna yang pernah menggunakan eJamin.
- Baca "Syarat Penting Sebelum Menggunakan eJamin" dan tandakan pada bahagian yang disediakan sebelum klik butang "Teruskan"
- Lengkapkan Maklumat Kes dan maklumat wang jaminan sebelum klik butang "Teruskan".
- Lengkapkan maklumat penjamin dengan tepat iaitu Maklumat Peribadi, Maklumat Bank (untuk tujuan pemulangan wang jamin) dan Alamat Terkini sebelum klik butang "Simpan & Teruskan"
- Maklumat penting: Adalah menjadi tanggungjawab Penjamin untuk memastikan ketepatan maklumat akaun. Penjamin bertanggungjawab sepenuhnya atas sebarang kesilapan yang menghalang mereka daripada menerima bayaran balik jaminan. Mahkamah atau eJamin tidak bertanggungjawab ke atas kesilapan sedemikian yang dilakukan oleh Penjamin.
- Isikan maklumat tertuduh sebelum klik butang "Simpan & Teruskan".
- Tandakan pada bahagian bawah sekiranya anda telah menyemak dan mengakui semua maklumat yang diberikan adalah tepat dan benar. Klik butang "Teruskan" kemudian klik butang "Ya, pasti".
- Sila buat pilihan kaedah pembayaran dan klik butang "Setuju & Bayar"
- Sila pastikan maklumat akaun bank betul dan tepat untuk tujuan pemulangan. Klik butang "Teruskan bayaran".
- Anda akan menerima pengesahan pembayaran dan bukti ikat jamin melalui emel.
- Tunggu sesi taklimat dengan Kakitangan Mahkamah dan Tertuduh yang berkenaan. Proses pelepasan sudah lengkap.
Boleh.
Contoh kes : Jumlah jaminan RM 6,000.00, 2 Penjamin.
Isikan ruangan Amaun dengan jumlah keseluruhan jamin iaitu RM6,000.00. Di ruangan jumlah perlu dibayar, Penjamin A dan B boleh mengisi amaun yang ingin dibayar dan pastikan jumlah adalah sama dengan jaminan keseluruhan. Pastikan kedua – dua Penjamin mengisi nombor kes yang sama.
Boleh.
Penjamin perlu mengisi maklumat setiap Tertuduh di portal eJamin secara berasingan.
Ya, memang ada. Apabila jumlah jaminan dikenal pasti sebagai jumlah yang boleh dirampas oleh pihak kehakiman, jumlah jaminan yang dirampas akan didepositkan ke akaun "Hasil" kerajaan yang dimiliki oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
Wang jaminan boleh dirampas (atau dilucut hak) dalam dua cara, iaitu:
- Penuh - jumlah jaminan dilucut hak sepenuhnya.
- Sebahagian amaun jaminan boleh dirampas oleh pihak mahkamah dan bakinya akan dikembalikan kepada Penjamin.
Sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan teknikal sewaktu menggunakan ejamin, sila hubungi kami di
Telefon : +603 - 5626 0033
Whatsapp : +6011 - 566 55743
Emel : ejamin@dapat.com
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat : 9:00 pagi - 6:00 petang
Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu
Ahad - Khamis : 9:00 pagi - 6:00 petang
Negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu
Sila rujuk pada Kakitangan Mahkamah di kaunter untuk sebarang pertanyaan berkenaan proses ikat jamin dan proses mahkamah.