Soalan Lazim - Tentang eJamin

Tentang eJamin

Pelepasan ikat jamin untuk orang tersayang boleh menjadi proses yang panjang dan merumitkan. eJamin adalah penyelesaian jaminan secara ‘online’ yang direka untuk memberikan pelepasan ikat jamin dengan lebih mudah. eJamin adalah peranti ‘online’ yang diluluskan oleh Jabatan Kehakiman Malaysia.

Bagaimanakah caranya jika saya menggunakan eJamin?

Ianya mudah

  1. Layari eJamin.my

  2. Isi maklumat ‘Info Penjamin1’ dan ‘Info Tertuduh2’ dalam borang ‘online’ di halaman utama eJamin. Pastikan anda mengisi borang ‘online’ tersebut dengan lengkap. Borang yang tidak lengkap tidak akan diterima.

  3. Selepas mengisi borang ‘Info Penjamin’ dan ‘Info Tertuduh’, anda akan dibawa ke halaman ‘Skrin Kuning’. Sila paparkan peranti mudah alih anda kepada Pegawai Mahkamah yang bertugas untuk pengesahan maklumat. Pegawai Mahkamah akan memaklumkan amaun ikat jamin dan nombor kes. Isi nombor kes dan amaun jaminan dalam ruang yang berkenaan dalam halaman ‘Skrin Kuning’.

  4. Pembayaran wang jaminan boleh dibuat melalui perbankan atas talian (FPX) melalui bank pilihan anda. Sila pastikan akaun anda mempunyai had pemindahan yang mencukupi. Anda juga boleh mengumpulkan amaun jaminan dari akaun-akaun lain ke akaun anda sekiranya jumlah jaminan tidak cukup.

  5. Anda akan menerima pengesahan pembayaran dan bukti ikat jamin melalui emel.

  6. Tunggu sesi taklimat dengan Kakitangan Mahkamah dan Orang Tertuduh yang berkenaan. Proses pelepasan sudah lengkap.

Info Penjamin1 : Maklumat orang yang membuat bayaran wang jaminan.

Info Tertuduh2 : Nama penuh (mengikut MyKad) dan nombor MyKad orang yang tertuduh.

Adakah proses pelepasan ikat jamin melalui eJamin lebih pantas dari cara yang biasa?

Secepat dan semudah perbankan atas talian. Cara ini lebih cepat dan selamat dibandingkan dengan pembayaran secara tunai di kaunter bank.

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya tidak tahu No.IC OKT?

Untuk proses pelepasan ikat jamin, anda perlu mengetahui nama penuh dan nombor MyKad OKT. Anda boleh menghubungi keluarga yang terdekat untuk mendapatkan maklumat atau atau hubungi pegawai yang bertugas.

Perlukah saya berdaftar dengan eJamin untuk membuat perlepasan ikat jamin?

Untuk pelepasan ikat jamin, penjamin tidak perlu mendaftar akaun dengan eJamin. Penjamin hanya perlu melengkapkan e-maklumat Penjamin dan Orang Tertuduh, mendapatkan pengesahan nombor kes dan amaun jaminan dari Pegawai Mahkamah, dan kemudiannya membuat bayaran jaminan atas talian melalui aplikasi eJamin.

Wang jaminan melalui eJamin akan disalurkan ke mana?

Bayaran wang jaminan melalui eJamin akan ditempatkan ke akaun amanah bank berlesen. Setiap akaun mempunyai nombor identifikasi yang unik bagi setiap Nombor Kes serta nombor MyKad Penjamin dan Tertuduh masing-masing.

Saya tidak mempunyai akaun Bank Islam. Adakah saya perlu membuka akaun Bank Islam sebelum menggunakan eJamin?

Anda tidak perlu membuka akaun di Bank Islam untuk menggunakan eJamin. Pembayaran wang jaminan boleh dibuat melalui perbankan atas talian (FPX) melalui bank pilihan anda.

Jumlah ikat jamin bagi OKT adalah terlalu besar untuk tanggungan saya sendiri. Bolehkah saya gabung bayaran ikat jamin OKT saya dengan penjamin lain?

eJamin hanya menerima pembayaran dari satu akaun sahaja buat masa sekarang. Anda dinasihatkan untuk mengumpul jumlah wang ikat jamin dari penjamin yang lain dalam satu akaun sahaja sebelum membuat pembayaran.

Berapakah had jaminan jika saya menggunakan eJamin untuk membuat pembayaran?

Pembayaran maksima melalui penggunaan eJamin terhad kepada RM500,000 setiap jaminan. Anda dinasihati untuk menyemak had makisma pemindahan yang dibenarkan oleh bank anda.

Saya tidak mempunyai akaun Bank Islam. Adakah saya perlu membuka akaun Bank Islam sebelum menggunakan eJamin?

Anda tidak perlu membuka akaun di Bank Islam untuk menggunakan eJamin. Pembayaran wang jaminan boleh dibuat melalui perbankan atas talian (FPX) melalui bank pilihan anda.

Adakah terdapat proses bayaran balik bagi jumlah jaminan?

Ya, memang ada. Sebaik sahaja kes telah tamat dan tertuduh menghadiri pendengaran seperti yang ditentukan oleh mahkamah. Prosesnya adalah seperti berikut:

  1. Mahkamah akan memicu bayaran balik bagi jumlah jaminan yang terikat dengan kes itu.

  2. E-mel akan dihantar oleh sistem eJamin sebagai makluman kepada penjamin.

  3. Penjamin perlu klik pada pautan dalam e-mel dan masukkan butiran berikut untuk menerima pengembalian amaun jaminan :

    1. Pembayaran wang jaminan boleh dibuat melalui perbankan atas talian (FPX) melalui bank pilihan anda. Sila pastikan akaun anda mempunyai had pemindahan yang mencukupi. Anda juga boleh mengumpulkan amaun jaminan dari akaun-akaun lain ke akaun anda sekiranya jumlah jaminan tidak cukup.

    2. Anda akan menerima pengesahan pembayaran dan bukti ikat jamin melalui emel.

    3. Tunggu sesi taklimat dengan Kakitangan Mahkamah dan Orang Tertuduh yang berkenaan. Proses pelepasan sudah lengkap.

Adakah terdapat proses lucut hak (rampasan) bagi jumlah jaminan?

Ya, memang ada. Apabila jumlah jaminan dikenal pasti sebagai jumlah yang boleh dirampas oleh pihak kehakiman. Jumlah jaminan yang dirampas akan didepositkan ke akaun "Hasil" kerajaan yang dimiliki oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Wang jaminan boleh dirampas (atau dilucut hak) dalam dua cara, iaitu:

  1. Penuh - jumlah jaminan dilucut hak sepenuhnya.

  2. Sebahagian - sebahagian amaun jaminan boleh dirampas oleh pihak mahkamah dan bakinya akan dikembalikan kepada penjamin seperti yang disebut dalam Soalan Lazim 10.